Monday 21 February 2011 | By: Azlika Event Management
Friday 18 February 2011 | By: Azlika Event Management

T0key1

Hari nie tokey n kawan tokey sorang nie dah jelajah satu Gombak hantar fliers kat masjid-masjid kat area sini. Tapi antar sebelum solat Jumaat taw. Perasan la tokey ada satu pokok mangga sikit punya lebat buah dia betul-betul kat tengah laman masjid nie. Sayang tokey tak ambil gambar, kecur air liur tokey. Penghantaran fliers berjaya tapi tak taw la ada response ke tidak. Rezeki ada dimana-mana..

p.s : member tokey da nak panjat da pokok mangga tu :D

Dimana T0key

Map tu tunjuk kedudukan semasa dimana bisnes tokey. Tak jauh pun dari KL.

17 minit dari Batu Caves Gombak
27 minit dari K.L
28 minit dari Shah Alam

Buat masa ini, tokey boleh pergi sehingga hampir satu selangor utk deliver perkhidmatan tokey. tapi papehal hubungi tokey dulu k. Takut tak sampai pulak nanti. Jumpa lagi.

p.s: ramai gak geng buat bisnes nie tapi, tokey punya istimewa sebab harga boleh bincang dan murah, kanopi arabic atau piramid pun ada

Salam dari T0key

Salam buat pembaca, pengunjung, pelanggan dan sesiapa saja yang memunculkan diri di laman blog ini. Pertama sekali, terima kasih kerana meluangkan sedikit masa dari masa yang ada untuk sekadar menjenguk laman blog ini. Al maklumla, blog ini baru lagi, maka memerlukan seberapa ramai kawan-kawan tokey yang baru. Ok, nama tokey, nampak macam "absurd" tapi, sedikit info tentang tokey, tokey adalah tokey kanopi. Ya, tokey kanopi yang menyediakan pelbagai perkhidmatan berkenaan kanopi. Tak yah citer kat sini, sebelah tu ada maklumat tentang perkhidmatan tokey. Tujuan blog ini sepertimana nama blog ini, adalah sekadar berkongsi cerita tokey seharian, semingguan atau sebulanan tentang bisnes yang tokey buat. Naik turun bisnes yang tokey ceburi. Kalau ada kawan - kawan tokey yang nak berkongsi info atau cerita tokey kengkawan, pun boleh la menyesakkan blog tokey ini. OK kengkawan tokey, selamat membaca dan kiter tgk apa cerita tokey seterusnya... ada pic dan video nanti tokey uploadkan.. jumpa lagi.

p.s: tolong komen-komen ya, apa pun boleh.